Sunday, March 20, 2011

info coklat . !!

hai hye . (:
assalamualaikum semua .
fuhhh . selepas lama bercuti dari update blog ni , rase tak lengkap
lah biarkn tanpa update .
nak buat cmne kan . sebelum ni bizi dengan wat order coklat
and bizi konvo ^__^ .
alhmdllh , konvo jugak and dah selesai pun .


okay . untuk entri kali ni nak kongsi sikit
tentang info coklat .


COKLAT

Coklat adalah gabungan adunan beberapa bahan antaranya adalah Cocoa Mask [ serbuk koko ] dan juga Cocoa Butter [ lemak koko ] . Di sesetengah Negara Eropah , mereka menggunakan " gantian lemak koko " bagi menghasilkan Coklat . Tetapi Malaysia hanya membenarkan penggunaan " Gantian Lemak Koko " tidak melebihi 5% sahaja . Penggunaan " Gantian Lemak Koko " yang melebihi dari had ini menyebabkan produk tersebut tidak boleh di iktiraf sebagai coklat tulen [ real chocolate ] . maka kualiti sesebuah produk coklat bergantung kepada komposisi ramuan dan juga kandungan gula .

Selalunya lemak yang digunakan dalam pembuatan coklat adalah dari lemak koko dan juga lemak susu . semakin tinggi kandungan lemak di dalam resepi maka semakin tinggi kualiti coklat tersebut . walaubagaimanapun , terdapat pengilang yang menggantikan lemak koko / lemak susu dengan Gantian Lemak Koko bagi menjimatkan kos atau bagi membolehkan coklat tersebut tahan cuaca . 

Satu persoalan yang paling penting adalah perbezan rasa bagi setiap coklat berpunca dari banyak faktor . Antara yang memberi kesan besar adalah jenis biji koko , proses fermentasi [ pemerapan ] biji koko , penggorengan biji koko , dan juga proses percampuran [ blending ] biji koko .

Coklat yang sedap selalunya terhasil dari biji koko yang di ambil dari Negara Ghana dan negara sekitarnya kerana iklim dan tanh mereka sesuai untuk pokok koko . begitu juga semasa percampuran biji koko dari pelbagai klon dan sumber punca di dapati memberikan rasa coklat yang lebih menarik .


haa , okaylah .
next time i akan bagi lagi info and of kos yang
UTAMANYE adalah coklat² yang lazattt . (:

gud nite . ti tuu . (:
thnxx for reading and look²ing at my blog .
^___^






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.